Saturday, September 28, 2013

What Is SAAS?

Adakah kita pernah dengar tentang Software As A Service?

Software as a service atau lebih dikenali sebagai SaaS, merupakan perkhidmatan awan (cloud service) dimana pengguna boleh menggunakan atau mengakses pelbagai aplikasi perisian didalam internet melalui pelbagai jenis peranti asalkan kita boleh melayari internet. Aplikasi awan ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi kegunaannya dalam ruang yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.

Antara kelebihan saas, bagi pengguna perusahaan dapat menggunakan aplikasi untuk pelbagai keperluan, termasuk perakaunan dan invois, mengesan jualan, perancangan, pemantauan prestasi dan komunikasi (termasuk webmail dan mesej segera). Saas sering dirujuk sebagai perisian yang disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membeli perisian – perisian yang mahal untuk diinstal ke dalam komputer. Selain tidak lagi berlakunya instalasi ‘pirate’ ke dalam komputer.