Friday, December 27, 2013

Saas (Software As A Service)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
 Sebelum ini saya sudah merumuskan  berkenaan Cloud Computing. Saas juga menggunakan antara contoh teknologi yang menggunakan cloud computing

Apakah itu Saas??

  • Software as a service menggambarkan perkhidmatan awan (clud service) dimana pengguna boleh menggunakannya untuk mengakses pelbagai aplikasi perisian didalam internet melalui pelbagai jenis peranti yang boleh melayari internet. Saas juga sering dirujuk sebagai perisian untuk disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membelinya.
Kelebihan SaaS :-
  • Saas sering dirujuk sebagai perisian yang disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membeli perisian  - perisian yang mahal untuk diinstalasi ke dalam komputer. Selain tidak lagi berlakunya instalasi pirate kedalam komputer.
  • Perisian  yang mesra pengguna dan boleh diakses dimana - mana sahaja
  • Perisian yang digunakan sentiasa dikemaskini dengan versi yang baru
  • Tidak mengenakan sebarang yuran pendahuluan
  • Perisian yang mudah dikonfigurasikan dan mengambil masa yang sedikit untuk diimplemenkan.
Kelemahan Saas:-
  • Sambungan internet
    •  Jika tidak ada sambungan internet kita tidak boleh menggunakan teknologi cloud
  • Isu keselamtan
    • Data yang disimpan didalam cloud menyebabkan isu keselamatan data menjadi isu pertama
  • Pergantungan sepenuhnya kepada internet
Antara contoh aplikasi Saas:-

Cloud Computing

Assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera..

Pernahkah anda dengar apakah itu cloud computing??


  • Dari segi bahasa membawa maksud "pengkomputeran awan"
  • Merupakan proses di mana kita menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi, contohnya seperti dokumen,gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video.
  • Contoh proses cloud computing berlaku apabila kita upload data -data milik kita dalam sebuag website, kemudian data yang telah di upload tadi di akses di tempat lain dengan menggunakan perkakasan lain melalui internet.
Cloud Computing



Konsep Cloud Computing:-

  • Konsep 'Cloud Computing boleh di gambarkan spt rajah di bawah:-


Konsep Cloud Computing



Cara Kerja cloud computing adalah terbahagi kepada 2 seksyen iaitu front end dan back end dan dihubungkan melalui rangkaian internet:-



  • Front End
    •  Biasanya adalah apa yang pengguna komputeran dan pelanggan nampak
    • Ianya termasuklah komputer pelanggan (rangkaian komputer) dan aplikasi yang diperlukan untuk mengakses sistem komputeran awan.
    • Tidak semua pengkomputeran awan mempunyai antaramuka yang sama
  • Back End
    • Merupakan seksyen "awan" dalam sistem 
    • terdapat pelbagai komputer , server dan sistem penyimpanan data yang akan mewujudkan perkhidmatan pengkomputeran awan
    • Sistem pengkomputeran awan boleh mengandungi pelbagai program komputer yang kita bayangkan dari pemprosesan data ke permainan video.

Front end dan Back end











Kelebihan:-
  • prestasi yang lebih baik (improved performance)
  •  fleksibel
  • Prestasi dan perkhidmatan yang lebih baik
  • berskala
  • mengurangkan kos
Kategori dan contoh cloud computing adalah:-

Kategori terbahagi kepada tiga:-
  • IaaS
    • Infrastruktur as a service
    • Layanan ini diberikan dengan cara menyediakan komponen -komponen berupa server, hardware dan jaringan yang diperlukan pelanggan dengan harga tertentu
    • Pelanggan dapat melakukan instalasi aplikasi yang digunakan pada infrastruktur tersebut
    • contoh amazon,EC2,GoGrid
    • Kelebihan -kawalan penuh terhadap persekitaran dan infrastruktur
    • Kekurangan-Persaingan terhad
  • PaaS
    • Platform as a service
    • layanan diberikan dg cara menediakn sistem software pendukung yang diperlukan untuk mebangun aplikasi yang akn dipasang pada server tersebut dengan keperluan organisasi
    • Organisasi akn membangunkan aplikasi pada platform dan akan menggunakannya
    • contoh BizNet, Microsoft, Google App Engine
    • Kelebihan- Bagus untuk pembangun,lebih tekawal berbanding saas
    • Kekurangan- Terhad kepada apa yang ada
  • SaaS
    • Software as a service
    • Model layanan dimana pelanggan cloud  menggunakan aplikasi yang sudah disediakan dalam cloud
    • Yang paling mudah digunakan pada masa kini
    • Contoh - Gmail,Yahoo Mail
    • Kelebihan - Mudah penerimaan pengguna
    • Kekurangan - Fungsi yang terhad, tidak mempunyai kawalan





Thursday, December 26, 2013

E-Commerce

Assalamualaikum w.b.t...
Kali ini saya akan merumuskan berkaitan e-commerce

Definisi E-commerce:-

  • Electric Commerce juga dikenali sbg e-commerce
    • Jenis industri dimana untuk membeli dan menjual  produk  atau memberikan servis melalui sistem elektronik seperti internet dan jaringan komputer yang lain.
  • Perbezaan diantara e-commerce dan e-business
    • E-commerce :-
      • Meliputi proses menghadap ke luar menyentuh pelanggan,pembekal dan rakan kongsi termasuk jualan, pemasaran , ambil tempahan, penghantaran, perkhidmatan pelanggan, pembelian bahan mentah, dan perolehan barang-barang operasi -perbelanjaan tidak langsung seperti bekalan pejabat.
      • Melibatkan model perniagaan baru yang berpotensi untuk menambahkan pendapatan atau sebagai  satu cabaran  kepada perniaga sediada.
      • Mudah untuk dilaksanakan keran ianya melibatkan 3 jenis integrasi:-
        • Vertical integration aplikasi muka depan laman web untuk transaksi sistem sedia ada.
        • Cross-business integration sebuah syarikat bersamab laman web pelanggan, pembekal atau sebagai perantaraan melalui laman web tempat pasaran 
        • Berlakunya integrasi teknologi dengan perubahan  pengurusan proses tempahan, pembelain dan perkhidmatan pelanggan
    • E-business
      • Meliputi e-commerce dan juga meliputi proses dalaman seperti produksi, pengurusan inventori, pembangunan produk , pengurusan risiko , kewangan , pengurusan pengetahuan dan sumber manusia (human resources)
      • Strategi e-business lebih berfokuskan kepada proses dalaman , dan bertujuan utk menjimatkan kos dan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
      • E-business mempunyai bayaran yang tinggi didalam proses kecekapan , kos rendah dan keupayaan untuk mendapat keuntungan yang lebih.
      • Berisiko untuk gagal dan  sukar untuk berjaya lebih terhad dalam e-business berbanding strategi menggunakan e-commerce.
Antara aplikasi ecommerce:-

Online Banking
Online Shopping and order tracking

Social networking
Online office suites
                      















Mengapa e-commerce berbeza daripada cara tradisional:-

  • Interaksi secara langsung
    • pelanggan berpeluang untuk bertanyakan soalan dan pekerja jualan juga bekerja untuk memastikan kepuasan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
    • Memberi peluang kepada pekerja jualan mempromosikan  pelanggan dengan barang yang berkaitan yang lebih mahal, untuk mendapatkan keuntungan yang lebih
  • Kos rendah
    • Lebih murah kerana tidak perlu menampung kos untuk membuka sebuah kedai
  • Pulangan kadar 
    • Penjualan dikedai , pelanggan membeli produk yang terdapat dihadapan mereka dimana ini aknan dapat memberikan kepuasan kepada pembeli dan penjual. Pelanggan juga dapat menyentuh dan memeriksa barangan tersebut , mengikut kesesuaian dan juga boleh mencubanya terlebih dahulu. Dimana disini dapat mengurangkan berlakunya produk dipulangkan kembali atau komplen terhadap ketidakpuasan produk.
  • Penipuan Kad Kredit
    • Jarak jauh didalam e-commerce menyukarkan untuk mengesan sekiranya berlaku penipuan, dimana duit simpanan boleh dihilangkan .
Ciri- ciri unik e-commerce:-
  • Memecahkan halangan geografi contohnya walaupun pembeli tersebut boleh membeli barangan tersebut walau dimana sahaja berada.
  • Menjimatkan masa yang berharga
  • keleluasaan, kesediaan (ubiquity)
  • Lebih mudah
  • Pelanggan adalah raja di dalam dunia e-commerce
  • Maklumat yang tepat
  • Interaksi bersifat peribadi
  • Perubahan kepada suasana perniagaan
Jenis- jenis e-commerce:-
  • Business to business (B2B)
    • e-commerce di antara syarikat
  • Business to Government
    • commerce di antara syarikat dan sektor awam
  • Mobile commerce (m-commerce)
    • Membeli dan menjual barangan yang bagus dan memberikan servis melalui teknologi tanpa wayar
  • Pengguna kepada pengguna (C2C)
    • Commerce diantara individu peribadi dan pengguna
  • Business - to- consumer (B2C)
    • commerce dinatara syarikat dan pengguna
Kebaikan:-
  • prosedur pembelian/ dan penjualan lebih mudah
  • Dapat mencapai jumlah pelanggan yang tinggi
  • Perkhidmatan yang disediakan adalah lebih baik dan operasi kos lebih rendah
Kelemahan:-
  • Setiap orang boleh menjalankan perniagaan online dan boleh mengambil kesempatan keatas pembeli denga menjual barangan yang tidak wujud.
  • Tidak kepastian bahawa produk yang dijual itu adalah berkualiti
  • kegagalan mekanikal boleh menyebabkan kesan yang tidak dijangkan kepada keseluruhan proses
  • Ramai hackers yang menanti peluang untuk menyerang semasa transaksi e-commerce berlaku terutamnya semasa prose pembayaran.
Linitations(had):-
  • had teknologi
    • Kelemahan dari segi keselamatan
    • kekurangan ruang jalur lebar  yang masih belum meluas
    • pembangunan perisian masih didalam proses untuk matang
    • Pelaksanaan e-commerce memerlukan server yang mampu menampung keperluan yang tingg dimana memerlukan kos yang tinggi
  • Had bukan teknologi
    • Produk tidakboleh di cuba telebih dahulu
    • Manusia susah untuk mempercayai dengan orang yang tidak dikenali
    • Penipuan akan semakin meningkat.






Malware ( Malicious Software)

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Pada hari ini saya akan kongsikan sedikit pengetahuan yang dipinjamkan sementara ini berkaitan Malware.

Malware juga lebih dikenali dengan sebutan virus, yang merupakan sebuah program atau perisian yang dicipta untuk masuk dan mengganggu @ merosakkkan sistem operasi berteknologi tinggi seperti komputer @ telefon pintar.

Antara jenis Malware:-

  • Phishing
  • Spyware
  • Virus
  • Trojan
  • Worm
Bagaimana Malware menyerang sistem komputer & Aplikasi:-
  • E-mail
  • Download
  • Mengklik pada iklam di dalam internet
  • Menginstalasi program atau perisian yang tidak boleh dipercayai
  • Melayari laman web lucah
Bagaiman ingin membaikpulih sistem yang telah diserang oleh malware:-
  1. Menggunakan Sisten Pemulihan (System restore disediakan oleh Microsoft)
    • System restore adalah satu alat recovery yang terdapat di dalam windows untuk mengembalikan sistem operasi kepada suatu tempoh waktu sebelum sistem komputer dijangkiti malware
  2. Anti- Malware rsecue CD/DVD
    1. Digunakan utk mengimbas malware yang menyerang komputer dan untuk membuang malware yang dikesan didalam komputer
    2. Malware boleh menyebabkan sistem tidak boleh boot
    3. Rescue Disk merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini
    4. Burn imej kedalam CD atau USB
    5. Bina bootable anti anti-virus disk dan buangkan malware yang menjangkiti komputer
    6. Contoh rescue CD kaspersky rescue Disk10, AVG Rescue CD, comodo Rescue Disk dan Avira Rescue System 
  3. Re-Installing Microsoft Windows OS
    1. Sekiranya OS tidak dapat diselamatkan disebabkan oleh serangan malware , re-installing OS adalah langkah akhir yang boleh diambil
    2. Pastikan semua pangkalan data penting perlu di backup terlebih dahulu, bagi memastikan data tpenting tersebut tidak hilang.

Langkah berjaga - jaga yang perlu diambil untuk mengelakkan malware
  1. Pastikan anda mempunyai antivirus yang aktif dan sentiasa melakukan update
  2. elakkan dari menggunakan perisian cetak rompak
  3. Gunakan pelayar internet
  4. Pastikan windows sentiasa dikemaskini
  5. Jangan klik pada pautan yang tidak diketahui atau yang mencurigakan
  6. Mencegah malware dengan kaedah smart online
  7. Menghapuskan Malware dengan menggunakan perisian yang tepat
  8. Install Firewall
Contoh Perisian Software Anti-Virus;-




Rangkaian sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Social network boleh ditakrifkan sebgai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu sepertimana masyarakat kecil ataupun kejiranan. Sebenarnya rangkaian sosial terdapat di mana - mana terutama sekali di sekolah - sekolah atau di tempat kerja, namun rangkain secara online adalah yang paling popular. Kenapa? Hal ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yg sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.

Kenapa sosial networking semakin dikenali dan menjadi popular?
  • Dapat berkenalan dengan kenalan baru
  • Dapat meluaskn perniagaan
  • Mesra pengguna
  • Penggunaanya adalah percuma 
  • Dapat berkongsi minat yang sama

Kelebihan:-
  • Berlakunya perkongsian maklumat dan ilmu
  • Pendidikan dalam internet
  • Maklumat dapat disebarkan dengan mudah dan cepat
  • Dapat melakukan perniagaan secara atas talian
  • Boleh dijadikan sebagai medan untuk mempromosikan sesuatu jualan atau maklumat
Kelemahan:-
  • Melalaikan dan melekakan
  • Menjadi obses dan ketagih
  • Mudah berlakunya penyebaran maklumat yang tidak benar
  • Gangguan kesihatan
  • Gangguan oleh iindividu yang tidak dikenali
Kelebihan menggunakan "social network" berbanding "blog"
  1. Penyebaran pada sosial network adalah berlaku lebih pantas berbanding blog
  2. Informasi lebih jelas dan tepat kerana pengguna sosial network kebanyakannya mempamerkan identiti pdiri berbanding pengguna blog
  3. Komunikasi antara pengguna adalah lebih bebas daripada pengguna blog
Cara untuk mengelakkan daripada digodam
  1. Tidak mendedahkan maklumat peribadi
  2. sentiasa mengemaskini maklumat sulit (kata laluan)
  3. Sentia menggunakan kata laluan yang berlainan di setiap akaun, dan jangan gunakan kata laluan yang sama untuk FB,BLOG, Akaun Bank dan lain2.
  4. Jangan guna email original anda untuk daftar dialam web yang anda tidak yakin, sebaliknya guna SPAM EMAIL untuk buat satu akaun yang berasingan.
  5. Jangan pernah lupa LOG OUT setelah anda selesai membuat kerja samasa FB, BLOG, atau lain2.
  6. Jangan masuk laman web yang anda tidak yakin dengan tahap keselamatannya kecuali anda EXPERT dalam hal tersebut. 
Kesimpulan
Banyak perkara baru yang akan perolehi dengan penggunaan sosial network ini seperti menambah rakan baru, dan dapat menyebarkan berita dan berkongsi maklumat dengan cepat. Walaubagaimanapun, kita seharusnya berwaspada dan pandai mengawal diri agar kita tidak akan leka dengan arus kemajuan sosial network ini dan menjaga maklumat peribadi dengan sebaik - baiknya.

Web 1.0,2.0 dan 3.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini saya akan merumuskan slaid presentation dari kumpulan 3 berkaitan web 1.0, 2.0 dan 3.0 ..


Web 1.0:-
  • adalah bersifat statik web
  • perkongsian maklumat
  • Komunikasi satu hala
  • Menghubungkan maklumat
  • Pengguna hanya boleh membaca dan mendapatkan maklumat sahaja
  • Lebih berfokuskan kepada kompani
  • contoh: Utusan Malaysia Online
Web 2.0:-
  • adalah bersifat dinamik
  • Interaksi, perhubungan (Interaction)
  • Komuniaksi dua hala melalui rangkain sosial, blogging, tagging dan wikis
  • Menghubungkan manusia
  • Web yang membenarkan pengguna untuk boleh membaca dan menulis 
  • contohnya: Facebook dam Wikipedia
Web 3.0:-
  • adalah bersifat semantik web
  • Menghubungkan pengetahuan
  • Web yang membenarkan pengguna membaca, menulis, dam melaksanakan
  • Maklumat mudah dicari dan lebih meluas berkaitan tentang sesuatu pencarian
  • Maklumat dan pengetahuan yang telah tersedia kepada pengguna tanpa pengguna perlu mencarinya.
  • Contohnya: Semantic blog(semiblog,haystack)
Apakah itu Web Semantik (Semantics  Web)?

Definisi: Semantik web adalah merupakan evolusi baru bagi   World Wide Web (WWW) dimana mesin boleh  membaca dan boleh memahami kehendak pengguna dengan keupayaan mencapai maklumat yang diperlukan

Semantik web membantu komputer memahami laman web , membuat cara hidup lebih mudah dan merupakan web pada masa hadapan.

Ciri - ciri web semantik

  • Menghubungkan antara data  objek
  • dataset hyperdata  yang besar (memudahkan capaian maklumat dalam web)
Komponen web 3.0  (semantik web)

  • URI (Uniform resource identifier) 
    •  untuk menentukan titik maklumat samaada itu adalah teks,video dan klip suara
  • RDF (Resource Description Famework
  • RDFS(RDF Schema)
  • OWL (Web Ontology Language)
  • MICROFORMAT
  • URL 
    • URL dibahagikan kepada empat bahagian:
    • HTTP: Komunikasi protokol
    • ://: Separator
    • www: World Wide Web
    • Google : Nama site
    • com: nama domain .com adalah untuk komersial
Cabaran untuk Web Semantik 3.0:-
  • meluas
    •  Tahap penggunaan internet yang meluas dan isu keselamatan pengkomputeran awan ( clud computing)
  • Kekaburan

  • Ketidakpastian
    •  ketidakpastian merujuk kepada satu sistem yang sukar untuk diklasifikasikn dan sukar disimpan pada jadual  yang betul di dalam pangkalan data.
  • Tidak menentu
  • Penipuan
    • Penipuan boleh berlaku apabila penerbit maklumat sengaja mengelirukan pengguna maklumat.



Tuesday, December 24, 2013

Komunikasi Media

Assalamualaikum w.b.t...

Definisi "Media Komunikasi"

 Menurut:-    1) Dominick (2002)    
                        Komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sesebuah institusi yang                          kompleks kpd pengguna y ramai dan heterogeneous (berlainan dri pelbagai lokasi)
                   
                    2) Gamble dan Gamble(2002)
                        Komunikasi media ialah suatu proses mentransmisi mesej y diproses oleh "gatekeeper"
                        sebelum disampaikan kepada pengguna yang ramai menerusi saluran yang luas merangkumi                           media cetak, audio dan visual.
                 
                   3) Vivian (2002)
                       Komunikasi media ialah satu proses yang melibatkan kelompok komunikasi (mass                                        communication) yang menyampaikan pelbagai mesej  (mass message) kepada pengguna yang                        besar (mass audience) menerusi perantaraan media massa.

Fungsi ::

1) Email -

  •  Menghantar ,menerima maklumat seperti teks, grafik, audio dan video dengan pantas dan murah ke dunia elektronik dgn menggunakan talian telefon. 
  • Emel yang dihantar akan disimpan kedalam server mel sehinggalah emel itu dibuka oleh penerimanya
2) Gopher - 
  • Aplikasi yang berfungsi utk mencari data di internet/ komputer lain tetapi hanya kanadungan berasaskan teks sahaja.
3) Telner (TELetyppe NETwork)
  • membolehkan pengguna utk menyambungkan komputer multiuser di Internet samaada dalam bangunan lain atau seluruh bahagian lain di dunia menerusi perkhidmatan login jauh (remote login)
  • membolehkan pengguna mengendalikan komputer secara jarak jauh menerusi arahan dalam talian internet seperti akses katalog dan pangkalan data perpustakaan.
  • Untuk capaian telnet merupakan ip address/domain name dan juga kata laluan untuk mendapat akses capaian.
  • Telnet memberi peluang kepada pengguna utk berada dihadapan komputer sendiri tetapi membuat kerja yang berada juah darinya
4) Usenet 
  •  Singkatan dari user network , merupakan salah satu jaringan tertua di internet
  • bertukar pesan teks (text message) di antara node (komputer dalam jaringan)
  • Penggunaannya meluas dlm node forum dan juga newsgroup.
5) Newsgroup
  • Kumpulan perbincangan maya dlm internet seakan bilik persidangan .
  • merupakan satu forum perbincangan elektronik dalam internet utk menghantar berita, soalan dan komen atau sekadar hanya ingin membaca dan membalas kiriman email
  • Contohnya yahoo groups, ning group dan lain - lain

Fungsi dalam email:
  1. Cc (Carbon -copy)
  •  Penghantaran salinan email utama kepada beberapa pengguna lain.
  • Penggunaan lain dapat melihat nama / alamat email pengguna lain
  • Naim hantar email kepada Din dan Zul. Dalam masa yang sama Din dan Zul dapat melihat alamat email masing - masing. 
   2.  Bcc( blind carbon copy)
  • Menghantar email kepada alamat penerima utama tanpa didedahkan identiti kepada penerima lain di cc.
Email spam :- Email sampah y dhantar secara terus tanpa persetujuan penerima seperti iklan perniagaan, servis dan pelbagai lagi daripda individu y tidak dikenali.

masalah spam:- 
  • email spam memenuhi mesej inbox
  • mengandungi virus 
  • kesesakan trafik/ talian internet
Cara mengatasi:- 
  • jangan subscribejika melayari sesuatu blog tidak dikenali
  • jangana tonjolkan alamat email anda secara umum melainkan tampilkan secara berimej gambar
  • baca polisi/syarat dengan telitijika terpaksa mendaftar dalam sesuatu laman
  • pastikan pasang perisian anti-virus dan anti-malware terkini utk jaminan keselamatan data anda.
Kata Laluan(Password)
 => adalah perkataan rahsia atau rentetan aksara yang digunakan untuk pengesahan pengguna untuk membuktikan kebenaran identiti @ akses utk mendapatkan akses kepada sumber (contoh: kod akses adalah sejenis kata laluan), yang perlu dirahsiakan daripada org y tidak dikenali atau yang tidak berkaitan.

Servis lain yang terdapat di web:-
  1. Skype-  hibrid peer - to- peer dan sistem pelayan dan pelanggan (client-server)
  2. Teamviewer- pakej perisian komputer  untuk kawalan remote, perkongsian dekstop, mesyuarat atas talian , web conferencing dan memindahkan fail diantara dua komputer




Monday, December 23, 2013

Teknologi Maklumat & Komunikasi

Assalamualaikum w.b.t..

Kita sering mendengar dan menyebut perkataan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Namun, adakah kita benar- benar faham apakah maksud ICT ni. Disini ingin merumuskan apakah itu ICT melalui presentasi kumpulan 1 berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi.

Tajuk:  Teknologi , Maklumat & Komunikasi

Apakah itu TekNologi MakluMat & KoMunikasi secara meluas  dan  untuk pemahaman kita??

Teknologi itu  adalah untuk memproses maklumat dengan menggunakan  komputer, peranti komunikasi dan perisisan aplikasi. Selain itu, adalah untuk mengubah ,meyimpan ,melindungi, memproses penghantaran & mencapai maklumat daripada mana - mana tempat dan pada bila - bila masa.
Spesifikasi Maksud :-

Teknologi => Menggunakan pengetahuan saintifik pengalaman, dan sumber untuk bina proses atau produk kegunaan manusia.

Maklumat => Maklumat adalah pengetahuan yang didapati dari membaca ,menyiasat, belajar dan menyelidik

Komunikasi => Perbuatan hantar mesej,iaitu proses bertukar maklumat menggunakan simbol ,tanda atau interaksi pergerakan.

Kelebihan ICT:

  1. Mudahkan perkongsian maklumat sesama pengguna
  2. Komunikasi, tanpa sepadan, lebih pantas dan kos yang rendah 
  3. Menjimatkan penggunaan kertas dan
  4. setiap tugasan dapat dilakukan dengan mudah  dan pantas
Dibawah adalah merupakan link bagi slaid pembentangan kumpulan 1

Thursday, November 14, 2013

web 2.0

Assalamualaikum, Konichiwa..

Web 2.0

Latar Belakang web 2.0
- Mula diperkenalkan pada tahun 2004
-Oleh Tim O'Reilley

Definisi

Web 2.0  merupakan satu platform aplikasi  yang membenarkan kita membaca dan menulis di dalam web. Web 2.0 ini menggantikan web 1.0 yang merupakan web yang hanya boleh dibaca sahaja oleh pengguna . Melalui kemajuan web 2.0 ini  kita dapat melayari internet untuk mencari dan berkongsi maklumat serta pandangan. Selain itu juga, pengguna internet noleh berinteraksi dalam perhubungan maya untuk berhubung kini dan  berkongsi idea dan maklumat dimana menjadikan maklumat itu semakin berkembang , lengkap dan padat.  Antara contoh kemahiran lain yang mampu di sokong di  dalam web 2.0 dan aplikasinya ialah melakukan  :-

Kajian (Esurveypro)
Persembahan (slideshare)
Perkongsian fail dan storan (4shared)
Video (Youtube)
Rangkain sosial  (Facebook, Twitter)




Perkembangan kemajuan Web yang diperkenalkan





Saturday, September 28, 2013

What Is SAAS?

Adakah kita pernah dengar tentang Software As A Service?

Software as a service atau lebih dikenali sebagai SaaS, merupakan perkhidmatan awan (cloud service) dimana pengguna boleh menggunakan atau mengakses pelbagai aplikasi perisian didalam internet melalui pelbagai jenis peranti asalkan kita boleh melayari internet. Aplikasi awan ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi kegunaannya dalam ruang yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.

Antara kelebihan saas, bagi pengguna perusahaan dapat menggunakan aplikasi untuk pelbagai keperluan, termasuk perakaunan dan invois, mengesan jualan, perancangan, pemantauan prestasi dan komunikasi (termasuk webmail dan mesej segera). Saas sering dirujuk sebagai perisian yang disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membeli perisian – perisian yang mahal untuk diinstal ke dalam komputer. Selain tidak lagi berlakunya instalasi ‘pirate’ ke dalam komputer.