Sebelum ini saya sudah merumuskan berkenaan Cloud Computing. Saas juga menggunakan antara contoh teknologi yang menggunakan cloud computing
Apakah itu Saas??
- Software as a service menggambarkan perkhidmatan awan (clud service) dimana pengguna boleh menggunakannya untuk mengakses pelbagai aplikasi perisian didalam internet melalui pelbagai jenis peranti yang boleh melayari internet. Saas juga sering dirujuk sebagai perisian untuk disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membelinya.
Kelebihan SaaS :-
- Saas sering dirujuk sebagai perisian yang disewa mengikut kadar yang ditetapkan tanpa perlu membeli perisian - perisian yang mahal untuk diinstalasi ke dalam komputer. Selain tidak lagi berlakunya instalasi pirate kedalam komputer.
- Perisian yang mesra pengguna dan boleh diakses dimana - mana sahaja
- Perisian yang digunakan sentiasa dikemaskini dengan versi yang baru
- Tidak mengenakan sebarang yuran pendahuluan
- Perisian yang mudah dikonfigurasikan dan mengambil masa yang sedikit untuk diimplemenkan.
Kelemahan Saas:-
- Sambungan internet
- Jika tidak ada sambungan internet kita tidak boleh menggunakan teknologi cloud
- Isu keselamtan
- Data yang disimpan didalam cloud menyebabkan isu keselamatan data menjadi isu pertama
- Pergantungan sepenuhnya kepada internet
Antara contoh aplikasi Saas:-
- Aplikasi Google docs
- Dropbox
- Edmodo
No comments:
Post a Comment