Social network boleh ditakrifkan sebgai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu sepertimana masyarakat kecil ataupun kejiranan. Sebenarnya rangkaian sosial terdapat di mana - mana terutama sekali di sekolah - sekolah atau di tempat kerja, namun rangkain secara online adalah yang paling popular. Kenapa? Hal ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yg sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.
Kenapa sosial networking semakin dikenali dan menjadi popular?
- Dapat berkenalan dengan kenalan baru
- Dapat meluaskn perniagaan
- Mesra pengguna
- Penggunaanya adalah percuma
- Dapat berkongsi minat yang sama
Kelebihan:-
- Berlakunya perkongsian maklumat dan ilmu
- Pendidikan dalam internet
- Maklumat dapat disebarkan dengan mudah dan cepat
- Dapat melakukan perniagaan secara atas talian
- Boleh dijadikan sebagai medan untuk mempromosikan sesuatu jualan atau maklumat
Kelemahan:-
- Melalaikan dan melekakan
- Menjadi obses dan ketagih
- Mudah berlakunya penyebaran maklumat yang tidak benar
- Gangguan kesihatan
- Gangguan oleh iindividu yang tidak dikenali
Kelebihan menggunakan "social network" berbanding "blog"
- Penyebaran pada sosial network adalah berlaku lebih pantas berbanding blog
- Informasi lebih jelas dan tepat kerana pengguna sosial network kebanyakannya mempamerkan identiti pdiri berbanding pengguna blog
- Komunikasi antara pengguna adalah lebih bebas daripada pengguna blog
Cara untuk mengelakkan daripada digodam
- Tidak mendedahkan maklumat peribadi
- sentiasa mengemaskini maklumat sulit (kata laluan)
- Sentia menggunakan kata laluan yang berlainan di setiap akaun, dan jangan gunakan kata laluan yang sama untuk FB,BLOG, Akaun Bank dan lain2.
- Jangan guna email original anda untuk daftar dialam web yang anda tidak yakin, sebaliknya guna SPAM EMAIL untuk buat satu akaun yang berasingan.
- Jangan pernah lupa LOG OUT setelah anda selesai membuat kerja samasa FB, BLOG, atau lain2.
- Jangan masuk laman web yang anda tidak yakin dengan tahap keselamatannya kecuali anda EXPERT dalam hal tersebut.
Kesimpulan
Banyak perkara baru yang akan perolehi dengan penggunaan sosial network ini seperti menambah rakan baru, dan dapat menyebarkan berita dan berkongsi maklumat dengan cepat. Walaubagaimanapun, kita seharusnya berwaspada dan pandai mengawal diri agar kita tidak akan leka dengan arus kemajuan sosial network ini dan menjaga maklumat peribadi dengan sebaik - baiknya.
No comments:
Post a Comment